ada seekor anak tupai
atas dahan rambutan
kudung ekor, perut lapar
jalan cari makan
kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dalam hutan
sejenis mamalia
kalau pasal melompat ke dahan
dia lah yang paling pandai
jatuh jarang-jarang
kerana dia tak sabar
pandai-pandai tupai melompat
jatuh ke tanah jugak
nak bagi khabar orang jahat
jangan terlebih ego
orang zaman itu
pakat halau tupai
bimbang buah kayu
takut tak sempat besar
nya durian duku
kalau kene tebuk tupai
pendek tahun itu nya durian tak sempat nak jual
orang sekampung tupai seekor
berkejar hari-hari
nya pakat kepong nya pakat baling
tupai tak boleh lari
setakat pistol ada
tupai habih mati
yang ni lah saya rasa
kita sangat rugi
kita manusia setakat mana pun kita belajar
nak buat tupai seekor tentu sekali nya tak jadi
sekarang kampung atas bandar
jarang boleh tengok
bapak tupai ibu tupai
jalan bawak anak
rasa kesian sungguh
tengok seekor anak tupai
karana terlebih kurus
sampai tak boleh maniti pagar
bulu-bulu pun habis luruh
air mata bera-bera
mari dalam sawah bekali kene racun bakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment