Monday, December 31, 2007

misteri gitar berhantu

Gitar Fender Jaguar, adalah gitar yang beharga dan bermutu tetapi jarang dilihat di Malaysia. Dan ia cukup menarik minat Rezza. Warnanya hitam mutiara dengan keemasan berkilat. Dia sudah ada gitar sendiri. tetapi entah mengapa gitar yang dipamerkan di ruang pameran kedai muzik itu amat menarik perhatiannya. Rezza tidak dapat menahan diri lalu memegang gitar tersebut. Dia memegang neck gitar. Mula-mula dengan cara 'classical'. Kemudian bertukar kepada cara'cradling the neck' dengan tapak tangan mengcengkam penuh neck gitar dan ibu jarinya diletakan pada bahagian atas fretboard. Kedua-dua cara itu amat selesa digunakan, membuatkan Rezza semakin berminat dengan gitar tersebut.


bersambung.....

Saturday, December 8, 2007

anok tupai

ado sekor…anok tupai…

atah jula mokte…

kudung ekor...perut lapar…

jale cari make….

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai..

asalnyo dale hute…

sejenis mamalia…

kalu pasal jakit kot dehe…

diolah yang paling panda…

jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sabar…

panda-panda tupai melopat

jatuh tanoh jugok…

nok wi kabar..oghe jahat…

jange terlajak manggak…

oghe zame itu…

pakat hambat tupai…

bimbe ko buoh kayu …

takut tok de besar…

nyo duriae duku…

kalu de nyo kerit tupai…

pendek tahun tuh…nyo duriae tok de nok jual….

Ore sekapong tupai sekor

Beghambat haghi haghi

Nyo pakat likung ppakat pekong

Tupai tokleh laghi

Tupai tokleh laghi

Stakat bedil ado…

tupai habih mati….

hok ni lah sayo raso…

kito sangat rugi…

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…

nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi

Lloni kkapong atah bandar

Jaghey nok buleh tengok

Bapok tupai ibu tupai

jjaley bowok anok

jjaley bowok anok

Raso siye sunggoh….

tengok sekor anok tupai..

krano terlajok kuruh…

sapa tokleh niti pagar…

bulu-bulu pun habis luruh…

air mato bera-bera…

maghi dale baruh bokali keno racun bakar

Friday, November 16, 2007

translation of anok tupai

ada seekor anak tupai
atas dahan rambutan
kudung ekor, perut lapar
jalan cari makan

kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dalam hutan
sejenis mamalia

kalau pasal melompat ke dahan
dia lah yang paling pandai
jatuh jarang-jarang
kerana dia tak sabar

pandai-pandai tupai melompat
jatuh ke tanah jugak
nak bagi khabar orang jahat
jangan terlebih ego

orang zaman itu
pakat halau tupai
bimbang buah kayu
takut tak sempat besar
nya durian duku
kalau kene tebuk tupai
pendek tahun itu nya durian tak sempat nak jual

orang sekampung tupai seekor
berkejar hari-hari
nya pakat kepong nya pakat baling
tupai tak boleh lari

setakat pistol ada
tupai habih mati
yang ni lah saya rasa
kita sangat rugi

kita manusia setakat mana pun kita belajar
nak buat tupai seekor tentu sekali nya tak jadi

sekarang kampung atas bandar
jarang boleh tengok
bapak tupai ibu tupai
jalan bawak anak

rasa kesian sungguh
tengok seekor anak tupai
karana terlebih kurus
sampai tak boleh maniti pagar

bulu-bulu pun habis luruh
air mata bera-bera
mari dalam sawah bekali kene racun bakar

Thursday, November 1, 2007

Hey There Delilah



Hey There Delilah
Whats It Like In New York City?
Well I'm a thousand miles away
But girl tonight you look so pretty
Yes you do
Time Square cant shine as bright as You
I Swear Its True

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
but we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to

Hey there Delilah here's to you
This one's for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me....

-Plain White T's-

Friday, October 26, 2007

45 Romantic Ways Yang Fun!

Suasana romantik tu datang apabila kita bersama orang yang tersayang. Tambah romantik apabila buat aktiviti bersama & ianya spontaneous. Masa2 nilah sesuai untuk menambah kasih sayang. Kalau dah takde idea apa nak buat, cuba idea2 simple di bawah ni, ok? Have a romantic time with love ones!

Waktu Hujan Renyai @ Lebat


1.Cuba bersihkan garage, almari2, barang2 @ wardrobes, Tak kisahlah asalkan aktiviti berdua

2.Pergi charity shopping. Maybe anda boleh try car boot sale.

3.Pergi excercise seperti... ice skating @ enjoy berjalan dalam hujan bersertakan payung. Ouhhh romantik. Kena

ada payung, nanti demam ok?

4.Enjoy movie marathon. Pergi kedai DVD, beli & enjoy watching. Kritik @ puji mengikut pendapat anda. Kalau ada

masa lebih, tulis top movie masing2.

5.Step back in time & pergi melawat muzium. Dengar cam idea lama tapi kekadang masa ini boleh memberi

sesuatu pengajaran yang anda sudah lupa.

6.Pergi melawat geleri seni. Cari mana2 exhibition di tempat yang berdekatan.

7.Improve memori anda. Cuba online memory test. Spend masa bersama2 test masing2 punya power of recall.

8.Discover diri masing2. Cuba personality test terhadap diri masing2.

9.DIY time. Cuba buat coffee table sendiri ker? Atau pottery @ vast.

10.Pergi menonton perlawanan bola sepak @ rugby. Walaupun anda ni bukan peminat sukan tapi cuba dapatkan

electric atmosphere tu. Terutamanya bila pasukan pilihan anda menang!


On Sunny Dayssss.....


11.Take a hike. Lawatilah bukit @ tempat tinggi yang indah & lihat siapa yang keletihan dahulu apabila menaiki tempat tinggi itu. Gelak2lah.

12.Sewa 1 sampan @ bot (kalau mampu). Atau mungkin pilih energetic canoe ride ke romantic row kat tepi sungai @ leisure cruise dengan motorbot.

13.Melawatlah taman permainan (hahaha). Mungkin boleh main2 buaian @ jonkang-jongkit ala2 manja. Tapi janganlah kacau budak2 kecil pulak kan?

14.Heheheh kalau anda lebih sayangkan haiwan, bolehlah ajak pasangan anda ke zoo untuk menikmati masa2 terluang dengan menghargai binatang.

15.Be risky. Try extreme sport macam skydiving, rockclimbing @ motor racing. Ada berani?

16.Go for a ride bike. Bukan sahaja anda dapat menikmati masa2 indah bersama tetapi dua2 boleh sihat dan kuat.


Waktu Hujung Minggu...


17.Take a city break. Cuba lawati kawasan2 kampung yang ada pemandangan indah separti sungai, kawasan sawah padi & air terjun.

18.Pergi camping. Sama ada di belakang rumah anda @ di mana2 yang sesuai.

19.Adakan 1 theme weekend. Dan jayakan theme anda.

20.Melawat kawan2 terdekat @ saudara-mara. Ambil peluang ini untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan & pesahabatan.


For An Evening Out


21.Have an evening 10 pin bowling. Buat friendly match, Mesra2 gitu.

22.Pergi tengok konsert. Try sesuatu yang berlainan seperti jazz @ klasikal. Jangan tertidur pulak.

23.Have a leisurely dinner. Tak kiralah murah @ mahal janji perbualan anda tidak diganggu.


Bila ada sejam Je Nak Spend (Untuk yang berkahwin)


24.Adakan 1 perlawanan seperti pillows fight.

25.Start buat kajian tentang family tree & bila ada sejam bersama, masukan nama2 yang diingat.

26.Buat onlines quizzes.

27.Mandi bersama & enjoy the bubble.

28.Eat in bed. Sama ada breakfast @ tidak, enjoy meal yang specialnbersama2.


Bila Anak Dah Masuk Tidur (Untuk yang dah berkahwin, OK!!)


29.Pamper each other. Bagi massage untuk pasangan masing2.

30.Tonton DVD filem sama2.

31.Star gaze. Lihat ke atas langit & hayati kecantikan malam sama2

32.Enjoy a romantic dinner for 2. Candle light dinner + soft music!

33.Cari gambar lama2 & tengok sama2. Leh mengundang nostalgia tapi janganlah cari gambar ex pulak.
34.Buat blind food tasting.

35.Picnic kat garden belakang rumah.

36.Try resipi baru & masak sama2

37.Compose a song @ poem untuk pasangan. @ buat lukisan yang art. Buat dengan hati yang ikhlas.

38.Buat hot chocolate & duduk di kerusi dengan suasana yang romantic.



Romantic Gestures



39.Cakap "I Love You".
40.Beri pelukan mesra buat pasangan dengan ikhlas.

41.Tinggalkan love note di tempat yang sesuai.

42.Blow a kiss.

43.Beri bunga yang diambil dari taman.

44.Keep in touch. Bila berjauhan, beri email @ SMS yang sederhana tapi meaningful.

45.Tulis 'I Love You' kat cermin guna lipstik.



-copied from gempakstarz issu 60-

Thursday, October 25, 2007

you're not alone

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone

For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart...

Wednesday, October 10, 2007

Sweet Memory of STAR 2007

  • 3 ilmu rock dude.
  • first day of school..
  • malas arr nak jadi class monitor..hehhehe..
  • chong & khati...nice leadership..
  • adli,fiqry,adam,quddus,hafiz,suhairie,izmeer,herman,fauzan,andrew,dominic,thilai,karthigen..you guyz are the greatest friend i'd ever had...
  • the one and only..fish book..buku ikan..haha
  • everyday stayback..sometime boring.. sometime not..hmmmm...
  • fiqry yang baru balik dari UK..lame tak jumpe..since darjah 4..tak sangke masuk star..hmmm..well..welcome back
  • i met someone special..guess who??..fatin arr
  • bye bye Che Nah
  • kawad kaki hari sukan..polis menang yeah
  • 4x400 (L)..hidup laksamana
  • kem polis ulu bendul..(hadiah kawad kaki from cikgu)
  • 4th place in class mid year exam..poyo plak
  • 15th july 2007
  • my first birthday present from a friend..again..guess who??..again fatin arr sape lg..
  • nadrah gave me a seaturtle keychain from terengganu
  • a guitar lesson from muhaimi..thanks dude
  • yeah..pn chalmah ajar BM
  • KH with 3 jaya..cikgu suzeilayanti
  • gosip me and fatin..hmmm....
  • gotta go to kem polis peringkat daerah klang..it's all because of my mom..thanks mom..gotta meet old friend
  • experiment in the science lab..i broke something..hehehe
  • gotong-royang perdana 2007 (tired but fun) only 7 from my class shown up
  • my dad coached the school softball team
  • zainudin (KRK) huhuh
  • star teacher's day 2007
  • inter-class choir competition..the only practice that 3 ilmu have..again..3 ilmu rock
  • kekecohan fauzan
  • adli's love story..hahaha..he only told me..boleh buat novel nie
  • nadra tetiba pakai tudung..but still cute..hahaha
  • fatin's birthday party at canteen..chocolate cake by zati
  • the world biggest eid card..from me fiq and apis..1st place
  • Tadarus al-Quran (10-oct-07)..1st time bace al-Quran sorang2 depan orang ramai x nervous
  • treasure hunt...a really amazing race...
  • lawatan ke PSN tajaan sunway university college..kajap2 begambar..kejap2 begambar...tak de keje lain ker..


  • pecah mental trying to solve sudoku with fiq..give up..then play math magic..haha
  • and then here come the saturday school (27-oct-07)..form 3 only 7 shown up..my team-me,haziq and yusop 2nd place..then me,haziq,yusop,katrina and zhing zii play monopoly..katrina bankrupt..haha..
  • a spongebob squarepants using alot of paper that turn into a bucket n a garbage bag..
  • main masak-masak with fiq,haziq & fizi (30th oct 07)..3rd place..bole lar nasi ayam kukus wan zuri & caramel cik siti wan kembang...
  • huhu..tahun nie 40 ringgit je dapat for koperasi..neway..thanks pn wong
  • byk siot hadiah..
  • my love story....complicated..
if you have any comment or you want to add or edit anything please do so or e-mail it at skywalker_mig@yahoo.com.my ..TQ

Sunday, October 7, 2007

Catatan Perjalanan:Ekspedisi Gunung Tangga 16~19 Feb 07(by ma dad)

Baru-baru ini saya berpeluang melakukan ekspedisi menawan puncak Gunung Tangga di Cameron Highland bersama Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan OGKL. Kali ini saya membawa bersama anak saya yang berumur 15 tahun bagi pendedahan awal dalam aktiviti lasak ini.
Eskpedisi bermula di tempat letak kereta Bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur pada hari Jumaat 16hb Feb 2007. Kami dikehendaki berkumpul di hadapan Restoran Teratai, Daya Bumi sekitar jam 10 malam dan dijadualkan bergerak ke Cameron Highland jam 11.00 malam. Dan kami di jangka tiba di Kg raja, Cameron Highland jam 3.00 pagi.
Oleh kerana keadaan jalan raya yang sesak sempena cuti Tahun Baru Cina, majority peserta tidak dapat tiba di Restoran Teratai seperti yang di jadualkan kerana tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas.
Jam 12.00 malam barulah semua peserta dapat berkumpul termasuklah seorang peserta, sdr Taha, yang datang dari Kelantan. Taklimat ringkas mengenai perjalanan diberikan oleh sdr Deeno selaku president kelab OGKL yang juga bertindak sebagai ketua ekspedisi pada kali ini.
Ekspedisi kali ini akan disertai oleh 17 orang peserta lelaki dan dibantu oleh 8 orang peserta perempuan. Selepas bekalan makanan diagihkan oleh AJK, kami bertolak ke Cameron Highland menaiki 7 buah kereta. Sorang peserta telah memberitahu bahawa beliau akan menunggu konvoi kami di R&R rawang.
Disebabkan keadaan lebuh raya utara selatan agak sesak sempena cuti panjang, kami terpaksa berpecah dan berjanji akan berkumpul di Tol Simpang Pulai, Perak.
Kami tiba di Tol Simpang Pulai sekitar jam 5.00 pagi. Di sini kami terpaksa menunggu semua kenderaan konvoi sampai sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Raja, Cameron Highland.
Jam 5.30 pagi, setelah semua kenderaan konvoi tiba, kami bergerak ke Kg Raja yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami tiba di Masjid Kg Raja jam 6.30pagi. Tanpa membuang masa, saya menunaikan solat subuh di situ.
Sebahagian dari AJK mengambil kesempatan ini untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari (pack lunch). Selesai solat subuh, peserta di arahkan untuk menukar ke pakaian trekking kerana kami difahamkan akan berhenti sekejap sahaja di Kg Pos Brooke.
Kami disajikan dengan sandwich sardine sebagai sarapan pagi dan nasi goreng untuk makan tengahari. Sedikit kudapan telah diberikan sebelum ini untuk makanan “on trek”.
Kami bergerak ke kg Pos Brooke sekitar jam 9.30 pagi dari masjid Kg Raja. Setelah meletak kereta di kawasan sekolah kg pos brooke. Kami bergerak ke starting point iaitu rumah pemandu arah (guide),Pak Hassan.
Guide kami kali ini ialah Pak Hassan yang pada anggaran saya berumur sekitar pertengahan 50an. Pak Hassan dibantu oleh dua orang guide lagi iaitu Asoi dan Alam yang hanya berumur 15 tahun.
Setelah melakukan sedikit regangan kami memulakan penjalanan ke puncak Gunung Tangga sekitar jam 10.30 pagi. Gunung Tangga mempunyai ketinggian 2104 meter dari aras laut.
Dari kampung pak hassan, kami terpaksa menyeberangi sebatang sungai yang pada ketika itu agak deras arusnya oleh kerena hujan di hulu. Tetapi berkat semangat setia kawan, kami dapat menyeberanginya dengan selamat.
Selepas sungai kami terpaksa menempuh trak balak yang agak landai kecerunannya tetapi jauh. Perjalanan menjadi semakin sukar.
Hampir 1 jam berjalan trek bertukar menjadi semakin kecil tetapi masih mendatar dengan sedikit menegak. Sepanjang trek ada beberapa anak sungai yang terpaksa kami lintasi. Itu tidaklah menjadi masalah kepada kami.
Setelah berjalan hampir 3 jam kami tiba di “Last Water Point (LWP)”. Ianya hanyalah sebatang sungai kecil di tepi trek. Di sini kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari dan solat zohor/asar secara jamak.
Jam 2.30 petang, kumpulan pertama sudah pun bergerak meneruskan perjalanan ke puncak. Terdapat beberapa peserta yang masih lagi belum selesai menunaikan solat zohor.
Sdr fahmi telah di tugaskan sebagai “Lead Trekker” bersama-sama guide Asoi. Manakala Deeno telah mengambil posisi selaku “Sweeper” dibantu oleh guide Pak Hassan.
Setelah 30 minit berjalan, trek tiba-tiba bertukar menjadi semakin menegak. Anggaran kasar kecuramannya sekitar 60 ke 70 darjah. Perjalanan menjadi amat sukar. Kelajuan kami terpaksa di kurangkan.
Oleh kerana agak penat sdr fahmi terpaksa memperlahanakan pergerakkan beliau dan melepaskan beberapa peserta lain untuk mendahului bersama Asoi.
Disebabkan agak kepenatan saya mengambil keputusan untuk berjalan bersama-sama sdr fahmi kerana kelajuan kami agak sama. Adalah penting untuk mengekalkan “phase” semasa mendaki supaya kita boleh berjalan dengan selesa tanpa banyak berhenti.
Hampir 1 jam kami terpaksa meredah trek yang menegak tadi barulah trek bertukar menjadi agak landai tetapi masih mendaki. Kami tingkatkan sedikit kelajuan berjalan berbanding dengan tadi kerana khuatir kami tidak dapat sampai ke puncak sebelum matahari terbenam.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 4 petang, bayangan puncak masih belum kelihatan. Trek sekali lagi bertukar menjadi tegak seperti sebelum tadi. Perjalanan sekali lagi menjadi perlahan.
Jam 5.45 petang, hujan telah turun dengan lebatnya. Oleh kerana kesejukkan dan agak sukar mendaki, saya dan fahmi mengambil keputusan untuk berteduh dahulu sebelum meneruskan pendakian. Kami terpaksa membuat perlindungan dengan fly-sheet yang telah dibawa oleh fahmi kerana tidak ada pokok besar untuk berteduh di sekitarnya.
Sementara menunggu hujan reda, kami sempat melelapkan mata dalan keadaan duduk di bawah fly-sheet. Mungkin kerana kami kurang tidur semalam.
45 minit berlalu, kami dikejutkan dengan suara sdr Azmin yang tiba-tiba menyelak flysheet kami. Rupa-rupanya Azmin, Deeno, Hafiz dan Fadzil sudah pun sampai bersama Pak Hassan. Mereka merupakan orang terakhir.
Deeno mengarahkan kami meneruskan perjalanan kerana menurut Pak Hassan jarak dari situ ke kem site hanyalah 30 minit. Saya dan fahmi bergegas bangkit dan menyambung pendakian didalam hujan renyai-renyai. Pendakian menjadi semakin sukar kerana keadaan trek menjadi semakin licin disebabkan hujan.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.45 petang. Saya telah pun mengeluarkan lampu suluh bagi membantu pendakian kerana hari semakin gelap.Pendakian diteruskan. Target kami adalah kem site yang terletak dihujung trek “canak” itu. Kami tiba di kem site sekitar jam 9 mlm. Setiba di kem site, kami dapati hanya sdr Rashid sahaja yang menunggu kami kerana kesemua kumpulan hadapan sudah pun bergerak ke puncak.
Oleh kerana sdr fadzil sudah tidak mampu berjalan, Deeno sebagai ketua ekspedisi mengarahkan kami untuk bermalam di situ sahaja. Akan tetapi setelah mengeluarkan barangan dari beg kami, hampir semua peralatan-peralatan memasak seperti dapur, periuk, kuali dan lantern berada dengan kami. Ini bermakna kumpulan hadapan tidak akan dapat memasak makan malam kerana ketiadaan peralatan.
Setelah berbincang, Deeno, Hafiz dan Azmin mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke puncak memandangkan kumpulan hadapan akan kebuluran jika peralatan memasak tidak sampai kepada mereka pada malam itu.
Fahmi dan saya ditugaskan untuk menunggu Fadzil dan Rashid di kem site dan akan meneruskan pendakian ke puncak pada besok pagi. Kami ditemani oleh Pak Hassan pada malam itu.
Kami mengumpulkan makanan yang ada untuk makan malam. Maggi, bubur nasi, soup cambel dan roti pita merupakan menu kami pada malam itu. Deeno bersama-sama Azmin dan Hafis meneruskan pendakian. Dua khemah telah didirikan di atas trek.
Setelah mengalas perut secara ala kadar, kami semua masuk tidur kerana kami terpaksa memulakan perjalanan ke puncak seawal jam 6 pagi. Pak Hassan telah membuat unggun api untuk tujuan keselamatan dan memanaskan badan. Beliau hanya tidur di tepi unggun api beralaskan ground sheet dan di tutup kan dengan fly sheet sahaja.
Jam 6.00 pagi kami bangkit dan bersiap untuk ke puncak. Selepas membuat kopi panas sebagai alas perut , kami berempat meneruskan pendakian ditemani oleh Pak Hassan. Sekitar jam 7.30 pagi kami memulakan pendakian.
Perjalanan agak laju kerana kami telah meninggalkan beg di kem site dan hanya membawa botol air sahaja.Setelah hampir 2 jam mendaki, kami akhirnya telah sampai di puncak Gunung Tangga jam 9.30 pagi.
Saya difahamkan kumpulan pertama sampai di puncak semalam sekitar jam 10.30 malam dan Syamil tiba di puncak sekitar 11.30 mlm.
Oleh kerana pada masa itu peralatan memasak masih belum sampai, beliau telah memasak maggi yang telah saya masukkan kedalam beg beliau. Alhamdulillah segala tunjuk ajar saya selama ini beliau dapat mempraktikkan.
Walaupun baru berusia 15 tahun, pada satu ketika beliau mampu mendaki berseorangan. Dan berkat latihan yang diberikan di Gunung Nuang, beliau dapat cekalkan hati untuk meneruskan perjalanan sehingga ke puncak. Di harap ekspedisi ini menjadi sebagai titik permulaan bagi beliau untuk meneruskan aktiviti mendaki gunung.
Saya juga difahamkan bahwa sdr Deeno tiba di puncak sekitar 2 pagi bersama peralatan memasak. Dan mereka hanya dapat menjamah makan malam sekitar jam 4 pagi. Sesuatu yang kita perlu ucapkan terima kasih kepada Deeno kerana bersusah payah demi kepentingan semua peserta.
Sekitar jam 11 pagi, setelah makan sedikit sarapan yang disediakan dan mengambil gambar, saya, Syamil dan Fahmi, Rashid dan Fadzil memulakan perjalanan turun kerana kami perlu sampai awal ke kem site semalam untuk kemaskan barangan kami.
Peserta yang lain masih lagi belum siap berkemas. Oleh kerana Syamil agak kepenatan saya mengambil keputusan untuk membawa beg beliau sehingga lah ke kem site.
Di tengah perjalanan beberapa peserta yang agak laju telah memotong kami termasuklah sdr Deeno. Kami tiba di kem site sekitar jam 12.30 tengahari. Saya terus mengemas khemah dan barang-barang lain. Sementara menunggu peserta lain yang masih belum sampai, saya mengambil keputusan untuk makan pack lunch yang telah disediakan di puncak tadi.
Jam 1.30 tghahri, saya, Syamil dan Fahmi bersama abg Soi bergerak turun. Kami berada dibahagian hadapan kerana kami berjalan agak perlahan. Syamil mengambil keputusan untuk bersama saya kerana beliau agak kepenatan dan ingin memperlahankan kelajuannya.
Perjalanan turun agak mencabar kerana kecuramannya. Perjalanan menjadi perlahan kerana keadaan trek yang licin disebabkan hujan semalam. Beberapa kali saya tergelincir. Nasib baik saya membawa walking stick yang banyak membantu mengimbangi berat badan saya semasa turun. Walking stick jugak dapat mengurangkan tekanan kebahagian lutut.
Semasa turun kami agak jarang berhenti “take five” seperti mendaki kerana perjalanan turun tidaklah memenatkan.
Kami tiba di last water point sekitar jam 4 petang. Pada mulanya saya ingin berehat agak lama disini dan menunaikan solat zohor / asar tetapi apabila abg Soi memberitahu bahawa perjalanan hanya tinggal lebih kurang 1 jam sahaja lagi kami meneruskan perjalanan ke Kg Pak Hassan.
Setelah hampir 1 jam berjalan kami tiba di trek balak. Oleh kerana kaki sudah agak sakit saya dan syamil mengambil keputusan untuk menukar ke selipar. Kami memperlahankan perjalanan kerana kami sudah tahu Kg Pak Hassan hanyalah 20 minit dari situ.
Kami tiba di sungai yang kami lintas di hari pertama jam 5.30 petang. Di situ beberapa peserta mengambil keputusan untuk membersih diri dan mandi. Kami turut mandi dan menunaikan solat ditepi sungai tadi.
Pukul 6.30 mlam saya dan Syamil tiba di Kg Pak Hassan. Saya meninggalkan beg di situ untuk pergi mengambil kereta yang kami tinggalkan di sekolah Pos Brooke. Saya tiba di Sekolah kampong Pos Brooke sekitar jam 7.30 malam.
Menurut Deeno, kami sepatutnya akan bermalam di kem Sungai Pauh di kg Raja tetapi oleh kerana peserta terakhir masih belum sampai Deeno mengambil keputusan untuk bermalam di Pos Brooke sahaja. Lagipun kemudahan di situ boleh dikatakan cukup memuaskan.
Sdr Rashid yang mengalami kejang otot yang agak teruk tiba di sekolah sekitar jam 8.30 malam bersama Abg Murdafi. Pihak AJK telah menyewa sebuah rumah untuk kami bermalam. Lengkap dengan kemudahan air dan bekalan elektrik menggunakan generator. Jadi tak payahlah kami mendirikan flysheet atau khemah.
Kamidihidangkan dengan makan malam yang agak lazat. Menu makan malam kami pada malam itu ialah rendang daging, ikan kering goreng, sayur air dan popedum. Setelah kenyang makan malam, kami telah mengadakan malam suai kenal yang tidak dapat dilakukan di puncak semalam seperti kebiasaannya.
Keesokkan hari nya setelah selesai membeli sedikit sayur untuk dibawa pulang kami semua secara konvoi menuju ke rumah sdr Paie yang melangsungkan majlis perkahwinan beliau di Sungkai. Selesai menjamu selera, kami semua bertolak menuju ke Kuala Lumpur. Ekspedisi Menawan Gunung Tangga tamat di sini.
Sekian dan jumpa lagi di lain ekspedisi.

Saturday, October 6, 2007

Mengapa Tak Dapat Menyinta

Aku tak dapat menyintainya
Aku hanya cuba menolongnya
Kerna ia pernah luka dan kecewa
Aku tak dapat menyintainya
Tak dapat ku menyatakan padanya
Namun tak sanggup menanggung bebannya

Mengapa aku hanya diam diri
Sedangkan ia benar benar cinta
Mengapa ku sembunyikan perasaan ku
Kalau sebenarnya ku tak menyinta
Mengapa tak ku berterus terang
Agar takkan kecewa akhirnya

Mengapa tak dapat menyinta
Sedangkan ia berikan sepenuh kemesraan
Mengapa aku masih membisu
Setelah ku tahukan hasratnya

Mungkin kerana jiwaku masih dingin
Dari kisah yang silam
Atau aku masih belum dapat merasakan
Apa itu nikmat cinta yang sebenarnya

lirik:m. nasir
nyanyian:alleycats